Monday, 29 October 2012

Kuliah 1 : Bab 2 - Verifiy akaun

Setelah selesai mendaftar profile FX (Rujuk Kuliah 1 : Bab 1) Anda perlu mengesahkan profile serta alamat rumah anda.

1. Scan / ambil gambar (pastikan jelas) IC / Lesen memandu
2. Scan / ambil gambar (pastikan jelas) Bil api / air / bank statment
3. Pergi ke Cabinet FXOpen
4. Log In mengunakan email dan password (yang anda dapat selepas mendaftar profile)
5. Pergi ke menu 'Penetapan' dan seterusnya ke menu 'Verifikasi akaun'. seperti gambar di bawah



4. Anda perlu mengesahkan 2 perkara iaitu 'Personal ID' dan juga 'Proof of address document'.



Anda boleh menyemak status verifikasi akaun anda

1. Pergi ke Cabinet FXOpen 
2. Log In mengunakan email dan password (yang anda dapat selepas mendaftar profile)
3. Anda akan melihat status verifikasi anda seperti gambar dibawah. (gambar di bawah adalah gambar akaun yang telah disahkan).





                                                                                       

Tuesday, 23 October 2012

Kuliah 3 : Bab Pengenalan - Muat Turun dan Installation MT4

MetaTrader 4 (MT4) adalah platform atau terminal dagangan industri perdagangan matawang (forex) yang paling popular (lebih 300 broker kini menggunakan platform ini). Popularitinya di kalangan broker dan pelanggan mereka adalah disebabkan oleh tahap penyesuaian yang tinggi berbanding platform lain;gagal untuk menyediakan ciri-ciri yang daat membantu penyesuaian analisa pasaran. Walaupun menjadi satu alat yang mudah dan boleh diubahsuai untuk peniaga aktif, pendekatan mesra penggunanya  juga sesuai untuk pedagang matawang yang baru menceburi perdagangan matawang ini.

MetaTrader 4 adalah terminal perdagangan yang fleksibel untuk menguruskan dagangan matawang dan strategi pedagang mengikut jenis pedagang matawang itu sendiri.MetaTrader 4 menyediakan pelbagai alat analisis pasaran (Penasihat Pakar) yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang corak pertukaran pasaran asing global, tanpa perlu sentiasa melihat pasaran secara manual.

Ciri-ciri MetaTrader 4

MetaTrader 4 dibangunkan dengan ciri-ciri untuk memastikan kepuasan semua jenis pedagang matawang. Beberapa ciri-ciri tersebut termasuklah;

• Penyediaan desktop preset
Indicator graf pasaran sedia ada.
• Indicator/Robot boleh dibangunkan sendiri oleh pedagang yang tahu menggunakan pengaturcaraan MQL Language.
• Penyediaan 'Strategi Tester'
• "Paper trading" dilakukan dengan penyediaan akaun demo mengikut broker mana yang anda mahu.
• Robot  atau AutoTrader (dikenali sebagai Expert Advisor@Penasihat Pakar) boleh dimuat turun dan dikongsi bersama dengan pedagang yang lain melalui forum yang disediakan.


Muat Turun & 'Installation'  Terminal MetaTrader 4

Pertama sekali anda perlu memuat turun perisian MetraTrader 4. Sekiranya anda belum berbuat demikian, anda boleh memuat turun dari laman web FxMalay.com dengan mengklik di sini www.fxmalay.com/TerminalMetaTrader4.aspx. Anda perlu scroll kebawah dan memilih samaada anda ingin menggunakan terminal perdagangan bagi akaun standart atau akaun perdagangan ECN

Perhatian: 
sila klik pada Muat Turun Terminal Perdagangan MT4 FXOpen bagi akaun standart,manakala Download FXOpen MT4 ECN Trading Terminal bagi anda yang ingin menggunakan terminal perdagangan ECN.

*
Ada keterangan berkenaan perbezaan akun yang boleh dibuka melalui boker fxmalay ini.Bab ini akan saya cover  pada kuliah 4: Pengenalan Broker FxMalay (FxOpen).

Sebaik sahaja perisian terminal MetaTrader 4 selesai dimuat turun,anda akan melalui 3 proses 'installation' mudah;(Proses ini memerlukan anda untuk bersambung dengan talian internet.)


1) Untuk langkah pertama,anda hanya perlu tekan 'Next >' untuk seterusnya.


Saturday, 20 October 2012

Kuliah 2 : Bab 2 - Belajar Untuk Menerima Kerugian Dengan Terbuka

Ini perkara biasa yang akan  selalu anda dengar daripada pedagang yang telah lama untung dan rugi semasa berdagang.Saya juga akan menasihati anda dan diri saya sendiri untuk belajar dan terus belajar.Jika anda ingin menjadi pedagang matawang yang baik,anda haruslah belajar dan menerima kerugian dengan hati terbuka.Dalam erti kata lain,anda harus membenarkan diri anda untuk merasai kerugian dan belajar daripadanya.

Secara dasarnya,ia tidaklah menggalakkan anda untuk mengalah pada posisi yang anda sedang rugi.Anda tentu sahaja tidak akan suka sekiranya anda kerugian dalam posisi.Contoh;

Ekuiti anda ada sebanyak 100USD, anda buka posisi ‘buy’ pada pasangan (pair) eurusd,dalam masa lima minit graf pasaran menurun sebanyak 27pip,dan anda sedang dalam posisi rugi sebanyak 27USD. 

Situasi:
-Analisa teknikal dan analisa fundamental mengatakan graf akan terus menurun tetapi juga berkemungkinan untuk berpatah semula.

-Modal,ekuiti anda 100USD,berkemungkinan margin call sebelum sempat harga berpatah semula.

Tindakan anda jika;
Anda bersedia menerima kerugian dengan terbuka maka;

Anda menutup posisi,maka anda akan rugi 27USD tadi dan ekuiti anda kan berkurang menjadi 73USD.Anda rugi 27USD.Anda tidak gembira.

tetapi;
Anda masih ada modal (baki ekuiti selepas menutup posisi rugi tadi) untuk berdagang dalam posisi yang lain.

Tindakan anda jika;
Anda tidak bersedia menerima kerugian dengan terbuka maka;
Anda akan membiarkan posis terus hanyut,dan berharap graf akan kembali naik dan berkemungkinan ia tidak berlaku menyebabkan keseluruhan modal-ekuiti anda ditelan.Anda tidak akan senang duduk.
natijahnya;
Anda kehilangan modal untuk anda membuka posisi dagangan yang baru.

Bagi seorang pedagang matawang yang baik,dia akan sentiasa bersedia menghadapi keputusan  yang berkemungkinan SALAH,tetapi sebaik sahaja dia yakin telah membuat keputusan yang salah itu,maka dia akan bersedia menerima kerugian dengan terbuka. Dia akan  tidak teragak-agak untuk menutup posisi rugi untuk menyelamatkan  baki ekuiti yang tinggal.;seperti mana itu juga; dia bersedia untuk tidak menyesali tindakan menutup posisi rugi itu walaupun sekiranya dia tunggu satu atau dua jam  lagi,harga didapi kembali naik.-Jangan  menyesal,terima dengan terbuka.belajar dan terus belajar.
Saya nak anda fahamkan betul-betul apa yang saya katakan di atas.

Saya yakin anda boleh faham dan setuju  jika saya katakan ‘atitude’  itu tidak boleh dibeli,sekiranya anda berjaya memilikinya nanti saya nasihatkankan anda kekalkan,insyaAllah berjaya..

Untuk anda fikirkan,
“Kalah dalam  posisi berdagang tidaklah menghakis jati diri anda sebagai pedagang.malah anda tidak rugi dan anda juga tidak untung dalam posisi itu,itu saja”

Untuk bab ini,ada banyak yang saya ingin sampaikan.insyaAllah akan bersambung sebelum saya menulis untuk bab seterusnya.


                                                                                                                                               

                                                                                                                      
                                                                                                                                                                               

Friday, 19 October 2012

Kuliah 1 : Bab 1 - Pendaftaran profile FX

Untuk bermula, anda hanya perlu :

1. Klik link ini.
2. klik pada button

3. Klik pada button





4. Isi maklumat diri dan klik button "Next". (Isi maklumat sebenar kerana ianya perlu disahkan)
5. Klik pada "I Agree" dan klik pada button "Next".
6. Jawab mengenai pengalaman anda mengenai pelaburan dan klik button "Next".
7. Jawab mengenai maklumat kewangan anda dan klik button "Next".
8. Masukkan "Anti-spam code" seperti tertera. Klik pada "Yes, i confirm ......." dan klik pada button "Complete the process".
9. Anda akan mendapat paparan seperti di bawah. (Simpan/Print maklumat tersebut)

10. Anda telah pun selesai mendaftar profile anda.








Kuliah 2 : Bab 1 - Tetapkan Matlamat Yang boleh Anda Capai

Sepanjang permulaan saya dalam dunia perdagangan matawang sehingga lah ke hari ini,karaktor yang biasa yang saya boleh kongsikan pada anda ialah; seorang perdagang yang berjaya ialah mereka yang menetapkan matlamat keuntungan yang jelas.Cara pemikiran mereka ialah berorientasikan untuk merialisasikan matlamat tersebut.

Saya tak pasti samaada anda menyedari atau tidak,apabila kita berada pada tahap konsistensi terbaik ketika berdagang,kita akan tahu bahawa kita mempunyai matlamat yang jelas.Matlamat jelas tersebut dapat dilihat melalui minda separa sedar yang bekerja keras membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan tadi.Pemikiran bawah sedar inilah yang akan menggerakkan kita untuk mengawal atau melawan keinginan kita untuk melangkau keinginan yang memusnahkan matlamat.

Kita akan tahu dengan lebih dalam apabila kita  belajar mengenai ‘psycho-cybernetics’ dalam bab yang akan datang.

Satu perkara permulaan yang terbesar yang anda harus pegang ialah-tetapkan dengan jelas bahawa anda harus mempunya tiga karaktor penting dibawah untuk menjadi pedagang matawang:

1) Matlamat anda haruslah realistik.
2) Matlamat anda haruslah boleh dicapai.
3) Matlamat anda haruslah sesuatu yang boleh diukur.

Saya huraikan;

Wednesday, 17 October 2012

Bagaimana untuk mengikuti blog ini

Assalamulaikum,
ada yang bertanya bagaimana untuk mengikuti bolg ini,pembelajaran-pembelajaran dan kuliah yang kami tulis dalam blog ini.

Kami sebenarnya sudah menyediakan senarai kandungan untuk memudahkan anda semua melihat semua post-post yang kami buat dengan lebih berstruktur.

Kepada yang baru mengikuti blog ini,kami ingin menekankan bahawa perdagangan matawang ini bukanlah untuk semua orang.Hanya yang benar-benar bersedia,yang benar-benar ingin belajar dan yang benar-benar sabar sahaja yang disyorkan untuk mengikuti thread post yang akan kami tulis.

Anda boleh melihat struktur post kami di sini

Monday, 15 October 2012

Kuliah 2 : Pengenalan - Matlamat Berdagang:Mengekalkan Keuntungan Terbaik Anda

Dalam cerita Kisah Dua Orang Pedagang yang telah anda baca, saya banyak menyebut mengenai ‘Mengekalkan Keuntungan Terbaik’.Apakah ia? Sebenarnya anda akan lebih memahami term yang saya gunakan jika anda sudah bersedia mengupas penyebab kegagalan dalam apa jua pelaburan atau dagangan yang anda pernah lakukan.

Apa yang cuba saya sampaikan dalam kisah dua orang pedagang itu?.
Tentu sekali bacaan itu terlalu berat untuk difahami jika anda belum bersedia.Jadi saya syorkan anda untuk bermula daripada teori,jangan malas.
Baca,baca dan baca walaupun panjang..ingat ilmu itu anugerah Allah swt..

Pertama pasaran market hadapan (Futures) adalah sama seperti perdagangan matawang,sama dengan logam (metal),beras,gandum,minyak mahupun komoditi yang lain.Semua berisiko.Saya cuma ingin sampaikan bahawa apa jua perdagangan tanpa matlamat adalah jalan kearah kerugian.Tidak ada asas untuk mengawal kadar keuntungan terbaik yang anda pernah perolehi,maka anda akan gagal.ya,ini cuma teori,cuma perancangan manusia,perancangan Allah sahajalah yang sempurna.Tidak ada tidak.Tetapi apa yang boleh saya katakan, ini usaha saya untuk menyampaikan,apa yang anda perlu dan apa yang anda tidak perlu;semua berdasarkan pengalaman,kajian dan kegagalan yang ditempuh dahulu.

Ok,apa itu Mengekalkan keuntungan terbaik anda? Apa yang saya maksudkan?

Kisah Dua Orang Pedagang

Pedagang pertama ialah Ned. Ned ialah seorang pedagang saham pasaran hadapan (S&P 500 Futures). Dia mencuba sebaik mungkin untuk berjaya dalam dagangan saham ini sejak enam bulan yang lepas.Walaubagaimanapun,ia tidaklah seperti yang diharapkan.Ned gagal mengekalkan konsistensi menang-dagangan;tetapi bukanlah disebabkan metodologi (method) yang digunakan.Tidak,sebab utama kegagalan Ned ialah kegagalan dia mengawal emosi dan  kegagalannya mempertahankan keuntungan aset terbaik yang dia sudah miliki.

Sejak dari awal,Ned yakin bahawa dia akan berjaya dalam perdagangan saham pasaran hadapan ini,memandangkan dia amat berjaya dalam perniagaannya sebelum ini.

Ned memiliki sebuah syarikat pencetakan dan dia banyak belajar untuk membuat keputusan yang baik dalam perniagaannya tersebut dan menjadikan Ned seorang yang berjaya dalam perniagaan.Dia hampir tidak melakukan kesalahan besar dalam membuat keputusan.Setelah sembilan tahun,dia amat berbangga dengan dirinya kerana berjaya dalam pernigaan pencetakannya dan sentiasa melihat kehadapan untuk memajukan lagi perniagaannya. Sekiranya Ned membuat kesilapan besar dalam keputusannya,dia akan bekerja tanpa mengira masa untuk meminimakan risiko krisis  syarikat dan menukarkannya kepada peluang kejayaan yang lain.

Disebabkan banyak keputusan bijak telah dibuat,Ned percaya bahawa dia mampu untuk memulakan karier baru sebagai pedagang komoditi pula.Sekurang-kurangnya itulah yang dia harapkan pada masa hadapan.Jadi Ned menerima tawaran dari sebuah syarikat koprat untuk membeli perniagaan percetakkanya;dan memutuskan untuk memulakan karier dagangan komoditi.

Tidaklah susah baginya untuk membuat keputusan tersebut -mejual perniagaan percetakkannya; walaupun dia amat gembira dengan perniagaan tersebut,lebih-lebih lagi dia telahpun berjaya meletakkan perniagaannya di kemuncak kerjaya itu.Tetapi kerana memikirkan keluarga, dimana dia sejak dua tahun lalu terpaksa bekerja 60-70jam seminggu.-Menyebabkan hanya sedikit masa sahaja yang dia boleh luangkan bersama keluarga dan anak-anak.-Lebih menguatkan dia menjual Syarikat Percetakkan tersebut.

Friday, 12 October 2012

ORANG TAMAK SELALU RUGI

Tamak adalah suatu sifat yang tidak baik. Orang yang bersifat tamak biasanya akan menerima kerugian pada waktu terdekat mahupun pada suatu masa yang mendatang. Dalam Bahasa Melayu terdapat peribahasa-peribahasa yang mengambarkan sifat tamak yang selalunya merugikan manusia. Antara peribahasa yang terkenal iaitu "Orang Tamak Selalu Rugi, Bagai Anjing Dan Bayang-Bayang" dan satu lagi iaitu "Yang Dikejar Tidak Dapat Dan Yang Dikendong Berciciran".

Kedua-dua peribahasa ini menunjukan seorang individu itu telah menerima sesuatu di dalam genggamannya, namun akibat sifat tamaknya untuk mendapatkan sesuatu lagi di luar genggamannya, maka apa yang diperolehinya terlepas begitu sahaja. Namun dia mungkin akan bernasib baik sekiranya apa yang dikejarnya itu dapat, kalau tidak dapat? Jadinya semuanya terlepas.

Kenapa saya menekankan sifat tamak ini. Setiap pelaburan ada risikonya. Cuma persoalannya.
1. Bagaimana kita hendak meminimumkan risiko pelaburan?
2. Berapa keuntungan yang perlu anda capai dalam sehari?
3. Hari apa atau bulan apa yang berisiko (yang tidak dibenarkan melabur)?
4. Kenapa tidak dibenarkan membuat 'OPEN POST' lebih daripada satu dalam satu-satu masa?

Ini kerana setiap pelaburan ada kerangka kerjanya. Jika ada tidak mengikut kerangka kerja. Kemungkinan anda akan berjaya (UNTUNG). Alhamdulillah. Kemungkinan juga ada akan mengalami kerugian yang MAHA DASYAT.

Sikit-sikit lama jadi bukit. Itu peribahasa yang harus kita pegang untuk terus berjaya.


Wednesday, 10 October 2012

Kenapa FX-Technical AUTOBOT

Berdagang di pasaran Forex tentu sekali melibatkan  risiko yang tinggi, termasuk kemungkinan kerugian dana secara keseluruhan dan kerugian selainnya, malah TIDAK SESUAI untuk semua orang.

Anda sebagai pedagang (yang ingin,berniat menceburi atau sudah lama dalam perdagangan matawang ini) perlulah bijak membuat keputusan adakah posisi (jual/beli) ini tepat atau sesuai  dalam keadaan kewangan semasa;
bagaimana nak tahu?
perlulah ada pengalaman pelaburan, toleransi risiko dan beberapa faktor lain.

Jadi Blog FX-Technical AUTOBOT (FXTA) mengambil inisiatif untuk berkongsi satu rangka kerja (kajian 5 tahun) yang akan menumpukan pengurusan pelaburan secara total melalui kaedah pengurusan wang (money  management)-juga akan kami postkan.

Untuk permulaan kami mengalu-alukan pedagang baru untuk bermula bersama-sama kami.

Jika anda pedagang baru? Nak belajar sila tunggu post dari azrol nanti.

Ok2 kita jawab soalan,
Kenapa FX-Technical AUTOBOT?Apa benda?
Adakah kerangka kerja yang menyerang  kefahaman strategi berdagang yang lain?

Ilmu itu anugerah dari ALLAH S.W.T

Dari Anas r.a : Rasulullah s.a.w bersabda:
'Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajib keatas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut.
Hadis Riwayat Al Bar

Dari Anas r.a : Rasulullah s.a.w Bersabda:
'Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali´.
Hadis Riwayat At Tirmizi 

Ilmu itu anugerah dari ALLAH S.W.T ke atas hambanya. Kita hidup di dunia ini telah diwajibkan untuk menuntut ilmu sejak dari baru lahir hingga ke liang lahat. Begitu juga dengan rezeki, rezeki ini ada di mana-mana. Mungkin ada antara kita yang tidak berpeluang untuk melihat peluang-peluang mencari rezeki yang telah tersedia.

Saya sedia berkongsi pengalaman saya dan saya juga tidak mengharapkan imbuhan apa-apa dari anda. Saya juga mengharap anda juga begitu. Manfaatkanlah ilmu ini. Dan anda dilarang mengambil bahan-bahan di sini untuk kepentingan peribadi seperti menjualnya.

Sebarang pandangan, soalan, atau cadangan yang tidak bermanfaat atau boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang lain akan dipadam serta-merta.

Diharap perkongsian ilmu ini diberkati dan saya mendoakan kita semua dimurahkan rezeki.
InsyaALLAH.


Salam Pengenalan

DOA PENERANG HATI.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku" Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku".
(Taha : 25,26,27)


DOA MEMULAKAN BACAAN.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.