Wednesday, 17 October 2012

Bagaimana untuk mengikuti blog ini

Assalamulaikum,
ada yang bertanya bagaimana untuk mengikuti bolg ini,pembelajaran-pembelajaran dan kuliah yang kami tulis dalam blog ini.

Kami sebenarnya sudah menyediakan senarai kandungan untuk memudahkan anda semua melihat semua post-post yang kami buat dengan lebih berstruktur.

Kepada yang baru mengikuti blog ini,kami ingin menekankan bahawa perdagangan matawang ini bukanlah untuk semua orang.Hanya yang benar-benar bersedia,yang benar-benar ingin belajar dan yang benar-benar sabar sahaja yang disyorkan untuk mengikuti thread post yang akan kami tulis.

Anda boleh melihat struktur post kami di sini


Saya minta wife saya baca dari post yang pertama, sampai la post yang sebelum  ini.
Susah nak faham katanya.Kenapa guna ayat yang susah nak faham? -Dia jadi malas nak baca.Boring.
saya ada reason.
Untuk belajar mesti ada kesungguhan,saya boleh guna ayat yang senang,tapi saya nak anda semua berfikir secara dalam apa yang nak disampaikan.bukan sekadar melihat luaran.tak masuk dalam kepala.

Macam kita,saya bercakap kepada diri sendiri ya,saya tahu baca AlQuran,tapi tak faham bahasa arab.Bahasa arab dalam AlQuran bahasa tinggi.Jadi saya tak akan faham kalau tak buka tafsirnya.Yang lebih penting,ada gurunya.kalau tidak,sesat.

Anda tentukan,anda baca dari awal,fahamkan,InsyaAllah anda akan berjaya.
Saya ulang,kami di sini nak anda hayati dan fahamkan.kalau tak faham,boleh tanya terus.InsyaAllah kami akan terangkan sehingga anda betul2 faham.

Nasihat penting untuk yang ingin bermula,betul-betul fresh,faham elok-elok,
hari ini belajar teori,tak semestinya bulan depan boleh masuk pasaran sebenar.

Jangan nak bermula kalau anda belum betul-betul faham risiko perdagangan matawang ini.
Blog ini untuk pembelajaran,perkongsian ilmu.

Untuk permulaan dan  kefahaman mudah,insyaAllah, sila ke Bilik Kuliah 1: Asas Permulaan - Pendaftaran Akaun Demo. (sedang dikemaskini) .Itu starting point anda. Untuk melihat semua kandungan kuliah,sila ke   Kandungan Kuliah:Teori Perdagangan .

InsyaAllah akan diupdate.