Dalam cerita Kisah Dua Orang Pedagang yang telah anda baca, saya banyak menyebut mengenai ‘Mengekalkan Keuntungan Terbaik’.Apakah ia? Sebenarnya anda akan lebih memahami term yang saya gunakan jika anda sudah bersedia mengupas penyebab kegagalan dalam apa jua pelaburan atau dagangan yang anda pernah lakukan.
Apa yang cuba saya sampaikan dalam kisah dua orang pedagang itu?.
Tentu sekali bacaan itu terlalu berat untuk difahami jika anda belum bersedia.Jadi saya syorkan anda untuk bermula daripada teori,jangan malas.
Baca,baca dan baca walaupun panjang..ingat ilmu itu anugerah Allah swt..
Pertama pasaran market hadapan (Futures) adalah sama seperti perdagangan matawang,sama dengan logam (metal),beras,gandum,minyak mahupun komoditi yang lain.Semua berisiko.Saya cuma ingin sampaikan bahawa apa jua perdagangan tanpa matlamat adalah jalan kearah kerugian.Tidak ada asas untuk mengawal kadar keuntungan terbaik yang anda pernah perolehi,maka anda akan gagal.ya,ini cuma teori,cuma perancangan manusia,perancangan Allah sahajalah yang sempurna.Tidak ada tidak.Tetapi apa yang boleh saya katakan, ini usaha saya untuk menyampaikan,apa yang anda perlu dan apa yang anda tidak perlu;semua berdasarkan pengalaman,kajian dan kegagalan yang ditempuh dahulu.
Ok,apa itu Mengekalkan keuntungan terbaik anda? Apa yang saya maksudkan?
Macamni;anda cuma ada usd100 sebagai modal permulaan perdagangan matawang dalam akaun sebenar.
Duit betul,digandakan duit kita, 100 x 3.4 (mengikut kadar tukaran semasa) bersamaan RM340.00. Anda mula berdagang.Buka posisi dengan membeli matawang eu (euro) dan menjual usd.
Anda berdagang dengan timeframe H1,(satu jam candlesticks).Anda beli sebab anda tahu baca candlesticks,anda tahu bentuk pembalikan arah.anda tahu banyak stategi perdagangan,anda faham,anda yakin anda betul.
Anda tetapkan bahawa anda akan dapatkan usd15 untuk satu posisi ini dalam 1jam. Anda beli dengan kadar 0.5 lot pada akaun ECN, pada leverage 1:100,bersamaan usd0.50 bagi setiap pip. Maka anda tetapkan akan keluar posisi (untung) jika keuntungan mencecah 30pip. set!!
Dalam satu jam anda telah mendapat keuntungan 10usd bersamaan 20pip.Kita lihat contoh jika anda TIDAK ‘Mengekalkan Keuntungan Terbaik’,Apa yang saya PASTI,apa yang anda PASTI lakukan. saya senaraikan untuk kefahaman anda:-Tolong fahamkan betul-betul-
1) Anda PASTI tidak meletakkan Trailing stop – anda akan rugi atau tidak untung walhal anda sedang untung 20pip jika harga pasaran berpatah balik. (faham maksud saya?)
2) Anda PASTI membiarkan posisi anda buka lebih daripada 1Jam
jika posisi anda dalam keadaan rugi;
3) Anda PASTI membuka lebih daripada satu posisi jual atau beli dalam masa yang sama atau melakukan hedging.
4) Anda PASTI merasakan pasaran akan kembali mengikut arah pasaran yang anda inginkan.
5) Anda PASTI akan membuka posisi sehingga berhari-hari tanpa mengira semula risiko.
6) Anda PASTI tidak akan tutup posisi dalam keadan rugi.
bila keuntungan anda mencecah 25pip;
7) Anda PASTI akan mengubah matlamat anda untuk mengejar jumlah pip yang lebih besar.
8) Anda PASTI akan bertambah yakin dan menggandakan posisi yang sama dengan lot yang lebih besar.
Ingat: Matlamat Keuntungan Terbaik Sedia Ada ini juga meliputi berapa banyak yang anda sanggup untuk rugi. untuk mengurangkan risiko kerugian total.
Pesan saya,kekalkan ekuiti,kekalkan keuntungan terbaik sedia ada.
Jangan rugi (kurangkan risiko kerugian).
Saya 'reverse psychology' anda,supaya kita berfikir dan tidak gopoh untuk tidak trade tanpa kefahaman.
Benda ini tidak boleh diajar,tapi kita boleh berdoa untuk diberi kefahaman,insyaAllah.

