Tuesday, 23 October 2012

Kuliah 3 : Bab Pengenalan - Muat Turun dan Installation MT4

MetaTrader 4 (MT4) adalah platform atau terminal dagangan industri perdagangan matawang (forex) yang paling popular (lebih 300 broker kini menggunakan platform ini). Popularitinya di kalangan broker dan pelanggan mereka adalah disebabkan oleh tahap penyesuaian yang tinggi berbanding platform lain;gagal untuk menyediakan ciri-ciri yang daat membantu penyesuaian analisa pasaran. Walaupun menjadi satu alat yang mudah dan boleh diubahsuai untuk peniaga aktif, pendekatan mesra penggunanya  juga sesuai untuk pedagang matawang yang baru menceburi perdagangan matawang ini.

MetaTrader 4 adalah terminal perdagangan yang fleksibel untuk menguruskan dagangan matawang dan strategi pedagang mengikut jenis pedagang matawang itu sendiri.MetaTrader 4 menyediakan pelbagai alat analisis pasaran (Penasihat Pakar) yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang corak pertukaran pasaran asing global, tanpa perlu sentiasa melihat pasaran secara manual.

Ciri-ciri MetaTrader 4

MetaTrader 4 dibangunkan dengan ciri-ciri untuk memastikan kepuasan semua jenis pedagang matawang. Beberapa ciri-ciri tersebut termasuklah;

• Penyediaan desktop preset
Indicator graf pasaran sedia ada.
• Indicator/Robot boleh dibangunkan sendiri oleh pedagang yang tahu menggunakan pengaturcaraan MQL Language.
• Penyediaan 'Strategi Tester'
• "Paper trading" dilakukan dengan penyediaan akaun demo mengikut broker mana yang anda mahu.
• Robot  atau AutoTrader (dikenali sebagai Expert Advisor@Penasihat Pakar) boleh dimuat turun dan dikongsi bersama dengan pedagang yang lain melalui forum yang disediakan.


Muat Turun & 'Installation'  Terminal MetaTrader 4

Pertama sekali anda perlu memuat turun perisian MetraTrader 4. Sekiranya anda belum berbuat demikian, anda boleh memuat turun dari laman web FxMalay.com dengan mengklik di sini www.fxmalay.com/TerminalMetaTrader4.aspx. Anda perlu scroll kebawah dan memilih samaada anda ingin menggunakan terminal perdagangan bagi akaun standart atau akaun perdagangan ECN

Perhatian: 
sila klik pada Muat Turun Terminal Perdagangan MT4 FXOpen bagi akaun standart,manakala Download FXOpen MT4 ECN Trading Terminal bagi anda yang ingin menggunakan terminal perdagangan ECN.

*
Ada keterangan berkenaan perbezaan akun yang boleh dibuka melalui boker fxmalay ini.Bab ini akan saya cover  pada kuliah 4: Pengenalan Broker FxMalay (FxOpen).

Sebaik sahaja perisian terminal MetaTrader 4 selesai dimuat turun,anda akan melalui 3 proses 'installation' mudah;(Proses ini memerlukan anda untuk bersambung dengan talian internet.)


1) Untuk langkah pertama,anda hanya perlu tekan 'Next >' untuk seterusnya.




2) Langkah seterusnya,anda dikehendaki menanda beberapa opsyen samaada untuk membuat shotcut pada desktop anda dan membuka terminal ini sebaik sahaja selesai proses installation. Untuk Installation folder,terminal ini akan diinstallkan kedalam program files anda.Kemudian tekan butang 'Next >'

3)Langkah terakhir ialah anda akan dapat melihat perisian terminal anda sedang di installkan secara atas talian (online installation). Anda hanya perlu tunggu sehingga selesai,kemudian klik pada butang 'Finish' untuk keluar dari proses installation.