Forex adalah satu instrument pelaburan dunia yang terbesar dengan jumlah dagangan harian melebihi USD3 trillion sehari,jauh melebihi jumlah dagangan di mana-mana bursa saham dunia.Pasaran forex dibuka 24jam sehari,365 setahun tetapi diatas kekangan rentasan masa,forex dibuka mengikut bank-bank besar utama iaitu bank eropah dan Amerika. (London dan New York-bercuti pada sabtu dan ahad).Jadi kita akan mendapati pasaran forex 'boleh dagang' adalah 5 hari seminggu.
Dagangan forex adalah dagangan 2 hala.Bermakna,anda boleh mengaut keuntungan semasa aliran pasaran jatuh dan juga naik.Oleh kerana forex diniagakan dua hala dan jumlah dagangan forex yang tinggi ini,semua orang berpeluang mengaut keuntungan dan kekayaan melaluinya,dengan syarat anda tahu bagaimana caranya.
Ianya juga memberikan 'leverage' atau kecairan yang tinggi terhadap modal.Leverage yang tinggi membolehkan kita berdagang dengan memiliki modal yang dipinjamkan untuk membeli sejumlah matawang walhal dengan modal yang kecil.Leverage akan dihuraikan dalam istilah selanjutnya.
Untuk berdagang forex,gabungan program komputer yang baik,pengalaman dalam menganalisa pasaran secara analisa berita (fundamental) ataupun secara analisa graf (technical) adalah perlu untuk anda mengaut keuntungan yang banyak disamping meminimakan risiko kerugian.
Kekayaan yang tidak terbatas yang tidak seharusnya anda persiakankan begitu saja. Memang rugi sungguh sesiapa yang tidak manfaatkan sumber kekayaan ini.-
Kelebihan Forex berbanding saham?
Pelaburan Forex adalah jauh lebih baik berbanding dengan saham. Ini adalah berdasarkan beberapa faktor berikut:
-Tiada komisen
-Kos transaksi yang rendah.Tiada komisen dikenakan kepada pedagang
-Transaksi jual beli yang sangat pantas
-Kecairan (market liquidity) yang sangat tinggi.
-Leverage yang sangat tinggi dengan modal yang kecil.
Secara umum,berniaga dalam pasaran FOREX membolehkan anda dengan modal yang kecil untuk berniaga 200 kali ganda amaun modal anda.
Contoh, jika anda mempunyai RM1000 ringgit, anda boleh berurusniaga dan membuat pembelian matawang USD 50,000.00
Matawang Major dan Minor.
Di dalam pasaran forex, matawang diniagakan secara berpasangan. Ianya diniagakan secara berpasangan kerana dalam dagangan mestilah ada beli & jual.
Contoh pasangan matawang ialah EUR/USD. Jika kita membeli ‘BUY’ pasangan ini,bermakna kita membeli EUR(EURO) dan menjual USD (US Dollar).
Terdapat 7 matawang utama atau major yang sering didagangkan iaitu USD, GBP,EUR, CHF, JPY, CAD & AUD.
Matawang minor pula ialah matawang seperti NZD& SGD yang turut diniagakan tetapi tidaklah menjadi favourite pedagang atau traders.
Apakah yang sebenarnya diniagakan di pasaran FOREX?
Pasaran FOREX ialah urusniaga jual beli pertukaran matawang.
Dalam ertikata lain,pasaran FOREX ialah tempat dimana satu matawang di beli/di jual/ditukarkan ke matawang lain.
Sebagai contoh, satu urusniaga FOREX adalah pertukaran Ringgit Malaysia ke US Dollar.
Satu lagi contoh urusniaga ialah pertukaran Yen Jepun ke Euro.
Sebenarnya, saya boleh katakan bahawa anda dan semua orang terlibat dalam forex secara tak langsung.
Kenapa?
Begini.
Katalah anda membeli sesuatu barangan import seperti alatan elektik, alat ganti kereta malah susu, daging, keju dan sebagainya, pengimport atau pedagang antarabagsa ini sebenarnya perlu membayar kos modal tersebut dengan matawang ringgit malaysia (RM) yang telah ditukar kepada matawang asing seperti Australian Dollar (AUD), New Zealand Dollar (NZD), US Dollar (USD), Japanese Yen (JPY) dan sebagainya.
Begitulah juga, pekebun getah Malaysia akan mengeksport getah ke pasaran dunia (melalui pengeskport) dan perlu menjualnya di pasaran dunia berdasarkan nilai matawang.
Maka,
secara tidak langsung, apabila kita membeli sesuatu barangan, kita juga sebenarnya menyumbang kepada naik atau turun pasaran forex. Sekarang, dengan contoh mudah ini, anda nampak kenapa forex menjadi pasaran dagangan yang paling besar di dunia? Ya, kerana kita sebenarnya terlibat setiap hari secara langsung atau tidak langsung di dalam pasaran forex.
Bolehkan anda menjadi kaya dengan forex?
Sudah tentu InsyaAllah..Bayangkanlah jika anda berjaya memperolehi pendapatan paling corot pun USD$10 hingga USD$50 sehari. Jika ditukar ke ringgit malaysia, ia bersamaan RM30hingga RM150 sehari. Andaikan anda trade 20 hari sebulan, bermakna anda boleh dapat sekitar RM600 hingga RM1000 sebulan tambahan dari perdagangan forex.
Istilah Data Market (News)
Dalam perdagangan matawang (forex) ini,seorang pedagang haruslah terlebih dahulu mengetahui dia tergolong dalam jenis pedagang yang bagaimana.
Di sini adalah senarai istilah perdagangan yang anda semua akan jumpa dalam analisa perdagangan secara fundamental. sila rujuk technical vs fundamental. Istilah-istilah ini biasanya anda akan jumpa dalam portal berita forex seperti forexfactory.com. Bagi jenis pedagang yang berdagang menggunakan analisa fundamental forexfactory.com adalah merupakan rujukan penting untuk mengetahui keadaan pasaran ekonomi bagi semua matawang yang didagangkan dalam forex.
Senarai Istilah 'Data Market':
All Industries Index
Index ini menunjukkan pergerakan harga untuk kombinasi harga yang telah disesuikan terlebih dahulu dari semua indeks perindustrian.
Average Hourly Earnings
Purata peningkatan pendapatan dalam tempoh satu jam transaksi jual beli oleh industri.Ini digunakan sebagai indikator pasaran jangka panjang.
Business Inventories
Jumlah dalam bentuk anka kuantiti barang yang disediakan atau dihasilkan tetapi belum dijual.Ini adalah indikator dan petunjuk penting bagi mengira GDP dan sebagai penunjuk arah ekonomi pada masa hadapan.
CBI Survey
Sebuah organisasi pengusaha terbesar di eropah,memfokuskan kepada mencipta dan mempertahankan keadaan pasaran yang seimbang bagi mengawal spekulasi matawang.Ia baik untuk semua. CBI akan mengeluarkan kenyataan servey pada setiap bulan terhadap pengeluaran,permintaan barang dari kilang dan permintaan import export.
insyaAllah akan di-update. -kemaskini terakhir:12:32 PM 31/10/2012