Pedagang pertama ialah Ned. Ned ialah seorang pedagang saham pasaran hadapan (S&P 500 Futures). Dia mencuba sebaik mungkin untuk berjaya dalam dagangan saham ini sejak enam bulan yang lepas.Walaubagaimanapun,ia tidaklah seperti yang diharapkan.Ned gagal mengekalkan konsistensi menang-dagangan;tetapi bukanlah disebabkan metodologi (method) yang digunakan.Tidak,sebab utama kegagalan Ned ialah kegagalan dia mengawal emosi dan kegagalannya mempertahankan keuntungan aset terbaik yang dia sudah miliki.
Sejak dari awal,Ned yakin bahawa dia akan berjaya dalam perdagangan saham pasaran hadapan ini,memandangkan dia amat berjaya dalam perniagaannya sebelum ini.
Ned memiliki sebuah syarikat pencetakan dan dia banyak belajar untuk membuat keputusan yang baik dalam perniagaannya tersebut dan menjadikan Ned seorang yang berjaya dalam perniagaan.Dia hampir tidak melakukan kesalahan besar dalam membuat keputusan.Setelah sembilan tahun,dia amat berbangga dengan dirinya kerana berjaya dalam pernigaan pencetakannya dan sentiasa melihat kehadapan untuk memajukan lagi perniagaannya. Sekiranya Ned membuat kesilapan besar dalam keputusannya,dia akan bekerja tanpa mengira masa untuk meminimakan risiko krisis syarikat dan menukarkannya kepada peluang kejayaan yang lain.
Disebabkan banyak keputusan bijak telah dibuat,Ned percaya bahawa dia mampu untuk memulakan karier baru sebagai pedagang komoditi pula.Sekurang-kurangnya itulah yang dia harapkan pada masa hadapan.Jadi Ned menerima tawaran dari sebuah syarikat koprat untuk membeli perniagaan percetakkanya;dan memutuskan untuk memulakan karier dagangan komoditi.
Tidaklah susah baginya untuk membuat keputusan tersebut -mejual perniagaan percetakkannya; walaupun dia amat gembira dengan perniagaan tersebut,lebih-lebih lagi dia telahpun berjaya meletakkan perniagaannya di kemuncak kerjaya itu.Tetapi kerana memikirkan keluarga, dimana dia sejak dua tahun lalu terpaksa bekerja 60-70jam seminggu.-Menyebabkan hanya sedikit masa sahaja yang dia boleh luangkan bersama keluarga dan anak-anak.-Lebih menguatkan dia menjual Syarikat Percetakkan tersebut.
Ned mula mempelajari banyak perkara,sebanyak mungkin yang dia boleh belajar mengenai perdagangan komoditi.Baca buku,majalah.Dia positif berfikir dia mampu menerapkan cara perniagaan sebelum ini kedalam perdagangan komoditi.Malah dia tahu dia boleh melakukan perdagangn hanya dari rumah dan dapat meluangkan banyak masa untuk keluarganya.Dia yakin dia boleh berjaya.
Pedagang kedua dalam kisah ini ialah James.James juga berdagang dalam Saham Pasaran Hadapan (S&P 500 Futures). Latarbelakang James agak berlainan dengan Ned.James menghabiskan masa empat tahun bekerja di Chicago Mercentile Exchange (CME) sebuah syarikat broker di mana saham pasaran hadapan S&P 500 Futures didagangkan.Tetapi James bukanlah seorang pedagang di CME.Dia ialah merupakan seorang pembantu pelaksana perdagangan yag mengendalikan panggilan telefon dari pelanggan.Kerja james Cuma meletakkan posisi beli atau jual sekiranya pelanggan memberi isyarat melalui telefon terhadap saham yang dikehendaki.
Dari hari pertama bekerja sebagai pengendali panggilan telefon,dia menanamkan cita-cita untuk menjadi seorang pedagang.Dia tahu dia tidak mempunya duit (dana) yang cukup untuk membeli satu posisi pun (yang memerlukan sekurang-kurangnya USD200,000).Jadi peluang terbaik untuk bermula ialah belajar daripada pedagang sedia ada (Pelanggan CME) dan berdagang secara teori tanpa mendepositkan dana sebenar.
James menghabiskan sebanyak mana masa yang boleh untuk belajar bagaimana untuk membuat keuntungan daripada perdagangan komoditi.Dia tahu ada teknik yang penting untuk menjadikan dia pedagang yang berjaya.James juga tahu akan statistik 80-90% pedagang kehilagan modal dalam dagangan komoditi.Dia bertekad untuk terus belajar untuk menjadi pedagang komoditi yang berjaya.James ingin berdagang lebih dari sekadar teori
secepat mungkin.Dia ingin menjadi pedagang sebenar (deposit sebenar).
James banyak belajar.Terus belajar.Belajar pelbagai teknik dari ramai pedagang sedia ada;yang dia kenal dari Chicago Mercentile Exchange tempat dia bekerja.Bejumpa,berbual sehingga dia hampir tahu keseluruhan apa yang mereka lakukan untuk berjaya,sehingga dia boleh merangka semula rangkakerja daripada teori yang dia peroleh tadi.Dia yakin bahawa dia mampu menjejaki kejayaan pedagang yang dia jumpa.Tetapi jauh,dia masih perlu belajar sesuatu yang lebih penting.
Ned memulakan perdagangan.Dia telah mulakan dengan modal USD15,000 dalam akaun dan memutuskan untuk hanya berdagang pada satu posisi dalam satu masa (satu kontrak dalam satu masa) sehingga dia berjaya menggandakan modal.Keadaan bertambah baik.Ned untung pada dagangan pertama sebanyak 350 mata (USD800 sebelum komisyen).Jadi Ned sangat gembira dengan permulaannya.Tidak lama.keadaan saham mula merudum.Semua tidak menjadi.
Pada enpat dagangan seterusnya,Ned gagal untuk mengaut keuntungan pada dua dari empat dagangan.kenapa?Kerana Ned mempunyai kelemahan untuk mempertahankan keuntungan aset yang dia sudah pun perolehi.Ned gagal kerana menaruh harapan kerugian yang dia hadapi dalam dua dari empat dagangan itu akan kembali berpatah balik atau untuk ditutup dengan keuntungan harga yang lebih tinggi.kenapa? kerana terbawa-bawa dengan cara keuntungan sebelum ini.Ini yang dikatakan Ned gagal mengawal aset keuntungan terbaik sedia ada. Pada keseluruahan minggu pertama,Ned kerugian lebih USD 1200,00.Ini menjadikan Ned kecewa dan mula keliru.
Dia berfikir bahawa dia pada mulanya sudah berjaya.Tetapi kenapa sebaliknya pada akhir minggu pertama?.Tetapi jangan risau,baru minggu pertama,Ned tidak membuat keuntungan pun dalam satu minggu ketika dalam perniagaan pencetakannya dahulu.Jadi tiada kesan kepadanya.
Masuk minggu kedua perdagangan,secara kasarnya agak serupa dengan keputusan pada minggu pertama.Dagangan pertama dalam minggu kedua menampakkan kejayaan dengan keuntungan sebanyak 280 mata (USD700),tetapi diikuti dengan junaman yang besar pada arah pasaran.Ned masuk lagi dagangan pada hari berikutnya,selasa pada minggu yang sama.Dia memperolehi keuntungan dan tidak menutup keuntungan posisi sebanyak 120 mata,tetapi dia harap dan percaya harga pasaran akan mengikut gerak hatinya untuk terus naik sehingga mencecah 200 mata,jadi dia akan dapat semula modal permulaan USD15,000.Ned tetapkan niat dan matlamat untuk mengejar sasaran 200 mata pada hari itu.Masaalahnya harga pasaran komoditinya hanya berhenti pada 150 mata dan kembali turun tetapi Ned tidak meletak kan kawalan ‘stop order’ (triling stop) pada posisi samaada mengambil keuntungan yang sedikit mahupun metutup posisi pada harga yang sama di mana dia masuk untuk hari tersebut.Ned rugi USD400 untuk hari tersebut.
“Satu daripada perkara terpenting ialah menetapkan berapa keuntungan harian,mingguan,dan bulanan untuk diri anda”-James mendapatkan nasihat daripada salah seorang pedagang yang berjaya yang dia kenali.Pedagang ini telah berjaya menghasilkan separuh juta USD dalam setahun selama sejak empat tahun yang lepas,jadi James tahu bahawa dia telah mendapat nasihat yang terbaik.
“Satu jalan untuk berjaya ialah dengan menetapkan keuntungan yang logik untuk dicapai oleh anda” kemudian beliau menambah “anda kemudian perlu visualkan diri anda mencapai matlamat tersebut”.James tahu dan faham apakah yang dimaksudkan dengan menetapkan matlamat keuntungan tetapi tidak berapa pasti pada bahagian ‘memvisualkan’, jadi dia tahu dia harus belajar untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh pedagang tadi.Apa yang perlu diVisualkan?.
James terus belajar dan berbual dengan ramai pedagang lain yang telah berjaya dalam perdagangan komoditi ini.Salah seorangnya ialah Bob.Bob sangat bermurah hati untuk berkongsi pengalaman dan sentiasa bersetuju bahawa menetapkan kadar keuntungan harian adalah penting.Sesiapa yang berdagang tanpa matlamat harian yang jelas,maka dia sedang berjalan kearah kegagalan.kebanyakkan pedagang lain yang James temui akan menekankan perkara yang sama.Tetapkan Matlamat Keuntung Harian Anda.Faktanya, lebih berjaya seseorang pedagang itu,maka lebih mendalamlah kefahaman pedagang itu kepada idea keperluan menetapkan kadar keuntungan harian,mingguan,dan bulanan.Mesti jelas dengan idea ini.Setkan dalam Memori.Ketatapan tersebut adalah dua perkara.-Berapa anda perlu untung,dan berapa kerugian yang perlu anda tanggung dan sanggup tanggung.
Bob memberitahu James “adalah penting untuk memvisualkan kejayaan anda setiap hari.Anda mesti lihat secara jelas anda adalah pedagang yang berjaya.Jika anda gagal melihat,maka anda tiada harapan untuk berjaya”
Bob menambah dan mengesyorkan untuk membaca. “Dapatkan buku Psycho-Cybernettics,ia akan memberitahu anda semua yang anda perlukan untuk melihat atau memvisualkan kejayaan anda”.Ia adalah metodologi yang sama digunakan oleh ahli sukan professional,tetapi tidaklah jauh beza jika digunakan untuk perdagangan.Kedua-dua adalah permainan mental dan emosi.Untuk menjadi pedagang yang berjaya,maka anda perlulah melihat dahulu kejayaan anda,walaupun anda belum menjadi pedagang yang berjaya.
James tidak risau untuk mengikuti segala nasihat Bob.Dapatkan senaskah buku Psycho-Cybernettics,baca dan fahamkan dan mula untuk belajar memvisualkan kejayaan nya setiap hari,walhal dia belumpun memulakan perdagangan sebenar.Cuba visualkan kejayaan.Susah tapi kita sebenarnya mampu.
Ned terus terus menghadapi masa yang sukar dalam perdagangannya.Dia sedar dia perlu berbuat sesuatu untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.Dia mula merasakan petunjuk-petunjuk (indicator) dan mettodologi yang dia gunakan adlah penyebab kepada kegagalannya brdagang.Ned membuat keputusan untuk mempelajari metodologi baru bagi memperbaiki keputusan perdagangannya.Dia membeli banyak buku berkenaan bagaimana untuk berdagang saham dagangan hadapan S&P 500 Fetures.Setiap kali dia mula melalui metodologi dalam buku ini,Ned merasakan keputusan perdagangannya akan bertambah baik. Idea yang diketengahkan dan contoh-contoh didalam buku mula dikaji dan mempunyai logik dalam perdagangan.
Ned memutuskan untuk berdagang menggunakan metodologi yang baru dia pelajari dan menolak metodologi yang lama.Dia yakin bahawa tekniknya yang dulu adalah penyebab dia kerugian modal dan kerugian dalam dagangan.Tetapi hakikatnya bukan kesalahan teknik dan metodologi yang dia gunakan.
Ned mula menggunakan metodologi barunya dan berjaya dalam beberapa hari pertama dagangannya,sehingga kemudia dia melakukan kesalahan yang agak besar dalam dagangan komoditi.Dia mengalami kerugian dan menjadi sangat marah.Ned sebenarnya mempunyai peluang untuk mengambil keuntungan yang besar,tetapi dia tidak mengambilnya dan harga pasaran mula melawan arah menyebabkan Ned rugi.Pasaran telah menyebabkan Ned rugi 600 mata dalam masa 15minit.Ned bertekad untuk tidak membenarkan modalnya ditelan begitu sahaja dan mula mengatur strategi untuk membuka tiga posisi dagangan lagi.Dia membenarkan emosinya merisikokan keuntungan atau modal+keuntungan terbaik yang dia pernah ada dengan membuka lebih dari satu posisi dan tidak menggunakan ‘stop orders’.Itu satu daripada kesalahan terbesar Ned.
Pada penghujung hari,Ned telah kerugian sebanyak USD7000,menyebabkan broker terpaksa menyuruhnya untuk keluar dari posisi (keempat-empat posisi yang di buat) yang menjadikan kerugian sebanyak 1000mata negatif.Tetapi Ned tetap mahu meneruskan posisi tersebut sepanjang malam untuk melihat sekiranya harga pasaran akan berpatah semula dan mengurangkan kerugian.Ned menyumpah broker yang menelefonnya sebelum memutuskan talian.
James menghantar notis dua minggu menamatkan perkhidmatan kepada majikannya untuk memulakan kareer sebagai pedagang sebenar.Dia bersedia untuk melihat graf pasaran.Dia mula buka akaun sebenar dan dalam dua minggu dia bersedia sepenuhnya untuk memulakan dagangan komoditi sebagai pedagang sebenar.James mula untuk memvisualkan matlamat keuntungan yang dia hadkan untuk harian,mingguan dan bulanan.James memvisualkan kekuatan mentalnya untuk menggunakan ‘stop orders’ dan menguasai emosinya.Dia cukup konsisten dalam mengelakan kerugian dalam setiap posisi dagangan yang dibuka.Dia memvisualkan semua ini sehingga semuanya menjadi matlamat yang sangat jelas.
James memvisualkan ekuiti akaunnya semakin bertambah.Tidaklah seperti kilat,tetapi sedikit demi sedikit tetapi konsisten.James menganalisa kadar risiko keuntungan dan kerugiannya dengan sangat baik dan bersedia untuk meletakkan matlamat keuntungan sebanyak USD250 sehari.Dia juga jelas bahawa untuk menetapkan matlamat keuntungan USD1000 sehari adalah mustahil baginya dengan ekuiti yang dia ada sekarang.Tidak realistik.
James mula berdagang pada hari isnin.Dia telah meletakkan matlamat yang jelas dalam mindanya.Dia menghabiskan banyak masa untuk memvisualkan apakah tindakan terbaik akan dilakukan bila berhadapan dengan apa jua situasi pasaran dagangan.Disebabkan banyak latihan visual,(melihat dalam minda),maka James dapat melihat seperti telah berdagang ribuan kali.James amat yakin dengan matlamat yang dibuat.
Kejayaan James dapat dilihat dari jadual pelan pelaburan yang dibuat.Pada hari pertama pelaburannya,James berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD275.Di sudut hati james ingin menimbang kira untuk teruskan buka posisi lain walaupun telah mencapai sasaran keuntungan USD250 pada satu satu hari.Tetapi dia berjaya mengatasi perasaan tersebut apabila memikirkan bahawa dia akan merisikokan keuntungan terbaik yang telah dia perolehi sebentar tadi.Dia putuskan untuk tidak berdagang setelah matlamat keuntungan dicapai.
Satu daripada pelajaran penting yang James dapat daripada pedagang yang dia temui ialah;orang yang berjaya dalam perdagangan ialah orang yang mempunyai kebolehan untuk mengawal emosi dan menetapkan matlamat keuntungan terbaik yang dia pernah perolehi. James sedar akan hakikat jika dia berharap harga pasaran akan mengikut kehendaknya samaada untuk bergerak mengikut kehendak sebalik nya akan menyebabkan risiko kehilangan keuntungan terbaik yang dia pernah perolehi.Orang berjaya sentiasa mengekalkan keuntungan tanpa kehilangan modal pelaburan dagangan (sekurang-kurangnya hanya sedikit kerugian).
Ada hari dimana james memasuki posisi dagangan dan berharap akan terus mencapai matlamat keuntungan USD250 sehari,tetapi pasaran pada hari tersebut hanya menawarkan harga Cuma sehingga USD150 sahaja,hanya USD100 kurang daripada matlamat harian.Maka James dengan bijak memilih untuk menggunakan sebaik mungkin ‘stop orders’ pada posisi yang sedang dibuka.Kita taidak boleh memaksa harga pasaran untuk mengikut matlamat kita,jadi kitalah yang perlu mengawal diri untuk mengekalkan keuntungan terbaik yang boleh kita dapat.Biarpun pasaran hanya ditutup tanpa membuat keuntungan pada hari tersebut,ia jauh lebih baik daripada menanggung kerugian.
Disebabkan James berpeluang bergaul dengan ramai pedagang lain,maka dia amat mudah untung memahami idea dan mudah untuknya membuat keputusan dan mengawal emosi ketika dalam dagangan.Disebabkan kebolehan James itu,maka dia secara konsisten mampu mengaut keuntungan antara USD600 sehingga USD800 seminggu untuk beberapa bulan pertamanya.
Amat pasti dan tetap akan berlaku,James juga mengalami kerugian dalam posisi berdagang.Apabila itu berlaku,James sekali lagi memvisualkan segala perjalanan perdagangannya untuk dia menetapkan matlamat dengan lebih jelas.Dia menganalisa setiap kerugian yang dia hadapi dengan bijak dan berfikir apakah keputusan terbaik yang harus dibuat jika bertemu dengan situasi yang menyebabkan kerugian tadi.
Secara konsisten,James berjaya mengaut keuntungan hampir USD15000 dalam enam bulan pertamanya.Dia menetapkan matlamat dengan jelas.Kali ini untuk terus kehadapan mengekalkan keuntungan terbaik yang dia pernah perolehi.Adakah ia berjalan dengan lancar? Tidak,tetapi cukup baik untuk hampir mengejar jumlah dana dagangan yang pernah didagangkan oleh pelanggannya semasa James berkerja di CME.Jelas sekali James memilih untuk melakukan dengan caranya sendiri.Berdagang untuk kehidupan.Dari rumah.
Ned tidaklah se-bertuah seperti James dalam dunia pelaburan dagangan.Hanya kerana dia tidak terdedah dengan orang yang boleh mengajar dia seperti mana pelajaran yang James perolehi. Disebabkan itu,Ned membuat keputusan;setelah menyedari dunia perdagangan bukanlah untuk dia. Ned sekarang kembali semula kepada perniagaan percetakannya. Walaubagaimanapun dia masih mengimpikan untuk menceburi perniagaan dagangan.Dia sebenarnya mampu untuk menjadi seorang perdagang yang baik.Yang berjaya.Itupun sekiranya dia mengawal emosi dan sentiasa mengekalkan matlamat mengekalkan keuntungan terbaik yang pernah dia perolehi.Tapi dia tidak berbuat demikian. -Tamat
*Azrol meringkaskan kisah Ned sebagai "Yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran = tidak mampu menetap dan mengekalkan matlamat keuntungan terbaik yang dia pernah perolehi "
Sama-sama kita fikirkan.
*Azrol meringkaskan kisah Ned sebagai "Yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran = tidak mampu menetap dan mengekalkan matlamat keuntungan terbaik yang dia pernah perolehi "
Sama-sama kita fikirkan.
