Friday, 19 October 2012

Kuliah 2 : Bab 1 - Tetapkan Matlamat Yang boleh Anda Capai

Sepanjang permulaan saya dalam dunia perdagangan matawang sehingga lah ke hari ini,karaktor yang biasa yang saya boleh kongsikan pada anda ialah; seorang perdagang yang berjaya ialah mereka yang menetapkan matlamat keuntungan yang jelas.Cara pemikiran mereka ialah berorientasikan untuk merialisasikan matlamat tersebut.

Saya tak pasti samaada anda menyedari atau tidak,apabila kita berada pada tahap konsistensi terbaik ketika berdagang,kita akan tahu bahawa kita mempunyai matlamat yang jelas.Matlamat jelas tersebut dapat dilihat melalui minda separa sedar yang bekerja keras membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan tadi.Pemikiran bawah sedar inilah yang akan menggerakkan kita untuk mengawal atau melawan keinginan kita untuk melangkau keinginan yang memusnahkan matlamat.

Kita akan tahu dengan lebih dalam apabila kita  belajar mengenai ‘psycho-cybernetics’ dalam bab yang akan datang.

Satu perkara permulaan yang terbesar yang anda harus pegang ialah-tetapkan dengan jelas bahawa anda harus mempunya tiga karaktor penting dibawah untuk menjadi pedagang matawang:

1) Matlamat anda haruslah realistik.
2) Matlamat anda haruslah boleh dicapai.
3) Matlamat anda haruslah sesuatu yang boleh diukur.

Saya huraikan;


Matlamat anda haruslah realistik.Ini bermaksud matlamat anda adalah sesuatu yang berada dalam kadar kuantiti untung yang anda boleh capai berdasarkan modal pelaburan.Mestilah logik. contoh modal 100usd maka anda harus tetapkan untuk cuma mengaut keuntungan 5-7usd sehari.Ya memang betul.Memang anda akan kata anda boleh buat jutaan dollar dalam tahun pertama perdagangan anda,tapi logiknya adakah 1,000,000USD setahun boleh dicapai dengan modal 300usd,inikan pula 100usd atau 25usd.Boleh,tetapi anda tidak bijak sekiranya cuba berbuat demikian.kalau digerakkan secarak konsisten dan matlamat anda tidak berubah mengikut emosi, anda mampu mengaut 1680USD setahun dengan hanya menetapkan purata minima USD7 sehari dagangan.1680USD adalah bersamaan RM5712 mengikut rate RM3.40 sedollar.

Matlamat anda haruslah boleh dicapai. Karaktor ini adalah hampir sama dengan karaktor matlamat pertama.Mestilah realistik.Juga mesti berada dalam kadar  yang boleh dicapai oleh modal anda.Untuk contoh,anda menetapkan matlamat untuk mendapatkan purata 2-5 USD (dollar) sehari daripada modal permulaan anda 100usd.2 hingga 5 USD sehari adalah sesuatu yang sangat mudah dicapai menggunakan expert advisor kami.InsyaAllah.

Matlamat anda haruslah sesuatu yang boleh diukur.Jika tiada karaktor ini dalam penetapan matlamat seorang pedagang matawang,maka dia pasti akan membuat banyak kesilapan.Semua orang mempunyai matlamat untuk menjadi kaya dalam perdagangan matawang.betul.Tapi itu ialah matlamat semua orang.langsung tidak boleh diukur.Satu matlamat haruslah boleh diukur,boleh dikira,kuantiti kena jelas;dengan itu anda akan tahu berapa jauh,berapa hampir anda untuk menghampiri matlamat yang anda tetapkan.Jika ia tidak boleh diukur,tidak boleh dikira anda tidak akan tahu anda dimana dan kenapa.seolah-olah tiada matlamat walhal anda meletakkan matlamat untuk menjadi kaya dalam perdagangan matawang ini.

Dalam Kisah Dua Orang Pedagang yang saya postkan sebelum ini;saya ada menyentuh mengenai memvisualkan kejayaan anda mencapai matlamat setiap hari.Saya ada menyebut mengenai matlamat mestilah jelas,realistik dan boleh dikira atau diukur.

Ada caranya:semua boleh bermula dengan angan-angan,insyaAllah menjadi kenyataan jika ia rezeki anda dan tahu bagaimana.

Kita akan huraikan bagaimana dan apakah yang dimaksudkan dengan teknik memvisualkan kejayaan dalam masa yang  terdekat.Tapi saya harap anda faham dan jelas apakah kepentingan menetapkan matlamat yang jelas dan boleh dicapai.

Dalam kata yang lain anda sendiri dapat meletakkan matlamat harian,mingguan dan bulanan seterusnya merasai progres atau perjalanan kearah mencapai matlamat itu;samaada perlu ditukar atau dikekalkan momentumnya (pace).

Saya nak berkongsi pengalaman pertama saya berdagang matawang enam tahun yang lepas (tanpa matlamat yang jelas) dan pengalaman kawan-kawan saya yang berdagang juga tanpa matlamat yang jelas.Ya memang kami pernah gagal,pernah rugi ribuan ringgit.Tapi kami sentiasa letakkan itu sebagai satu proses pembelajaran yang sangat beharga.

Kisah saya sendiri,saya mula bergadang tahun 2006,masa tu saya di tahun kedua pengajian di ipts di Selangor.Setahun sebelum itu saya hanya belajar bagaimana untuk berdagang matawang.Teknik-teknik,cara baca graf,teknikal mahupun fundamental.Satu kesalahan saya ialah tiada asas pengawalan emosi dan tidak menetapkan matlamat yang jelas menyebabkan ekuiti daripada keuntungan saya ditelan keseluruhannya.Tapi Allahdulillah modal pertama sempat dikeluarkan.Saya kehilangan ekuiti hampir 2000usd dengan modal 300usd.

Kenapa saya gagal. Matlamat saya tidak jelas pada masa itu.Saya cuma menetapkan matlamat untuk mendapatkan 250usd dalam tempoh empat bulan kerana ingin membayar yuran memasuki peperiksaan semester sebanyak rm500.Jadi saya berdagang tanpa mengira dengan spesifik berapa keuntungan harian,mingguan,dan bulanan yang perlu dicapai. Ada hari saya berdagang sehingga keuntungan mencecah 50usd sehari,ada juga mencecah negatif usd120 sehari-rugi.

Ditimbal balas,untung dan rugi,profit & loss  saya setelah ditolak untung kasar-rugi kasar,maka sebualan adakalanya mencecah 200usd,ada250usd dan ada kerugian 500usd.Begitulah selama setahun sehinggalah saya menyambung pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda.

Pada akhir karier pengalaman pertama saya itu, saya akhirnya mengalami kerugian total iaitu sebanyak hampir 2000usd dalam masa 2minggu dalam pasaran matawang.

Saya juga ada merekut dua orang kawan saya semasa menyambung pengajian.Yang pertama seorang pelajar jurusan pengurusan perniagaan.Saya yakin dia akan cepat belajar kerana dia lebih mengetahui apa yang diperlukan ketika transaksi matawang dari segi fundamental,bila akan terjadinya suply & demand dan bebarapa faktor yang lain membolehkan dia berfikir dengan mengurangkan risiko dagangan.Tetapi dia juga gagal menetapkan matlamat dagangan nya dengan jelas.-

Dia kerugian usd2000 dalam masa seminggu setelah menggandakan modal usd1000 dalam masa seminggu sebelumnya sahaja. Memang boleh dan logik dalam pasaran matawang,tapi ingat, lebih besar dan cepat keuntungan boleh dicapai,maka makin besar juga risiko kerugian yang perlu seseorang pedagang itu tanggung. Kawan saya ini saya boleh simpulkan tidak menetapkan matlamat dengan baik kerana hanya bertahan kurang daripada sebualan dagangan. Dia akan berdagang setiap saat dan sanggup merisikokan ekuiti yang besar untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat.

Kawan saya yang kedua juga adalah dari kalangan pelajar dari universiti yang sama. Dia berdagang matawang kerana dia melihat saya mampu membayar yuran untuk mengambil peperiksaan,jadi dia  cuba belajar untuk berdagang.Dia merupakan anak orang yang agak berada,jadi tiada masaalah untuknya kerugian hampir 1000usd dalam masa 15 hari dagangan.

Matlamat nya juga seperti saya tidak jelas;dia cuma menetapkan matlamat untuk belajar berdagang dan bukan membuat keuntungan daripadanya.Ya dia berjaya untuk belajar,tetapi tidak untuk menjadi pedagang yang baik ketika itu.Kami ketiga-tiga mempunyai satu persamaan iaitu tidak meletakkan matlamat keuntungan yang jelas ketika berdagang.Ya,kami berani untuk gagal.-Tetapi tidak bijak.

Yang terakhir yang boleh saya kongsikan adalah juga kegagalan saya dan kawan saya Azrol dimana kami ada menggunakan pelan dagangan semasa kajian kami.Kami pada mulanya telan mengikut pelan dagangan tersebut pada dua minggu pertama,tetapi mula hilang daya mengekalkan keuntungan terbaik yang pernah kami ada pada satu-satu masa.Kami sekali lagi gagal.
Setelah enam tahun berlalu, saya membuat keputusan untuk menulis semua pengalaman saya dari segi pengawalan emosi dan kepentingan menetapkan matlamat keuntungan yang perlu dicapai dengan jelas.

"Itu pun setelah melalui banyak kegagalan selepas kegagalan yang pertama.Itu sebabnya saya menulis."


Itu juga sebabnya kami menyediakan blog perkongsian ilmu ini.
Untuk anda belajar daripada kesilapan kami dan belajar memahami bertapa penting bergagang tanpa emosi; dengan mengetahui kesilapan apa yang boleh berlaku,yang anda AKAN BUAT sepanjang dagangan matawang.Bagaimana untuk membuat pelan dagangan.
InsyaAllah saya akan cover dalam Kuliah 7 :Pengurusan Kewangan.Saya akan sediakan template pelan dagangan  untuk anda.