Showing posts with label Mukadimah. Show all posts
Showing posts with label Mukadimah. Show all posts

Friday, 12 October 2012

ORANG TAMAK SELALU RUGI

Tamak adalah suatu sifat yang tidak baik. Orang yang bersifat tamak biasanya akan menerima kerugian pada waktu terdekat mahupun pada suatu masa yang mendatang. Dalam Bahasa Melayu terdapat peribahasa-peribahasa yang mengambarkan sifat tamak yang selalunya merugikan manusia. Antara peribahasa yang terkenal iaitu "Orang Tamak Selalu Rugi, Bagai Anjing Dan Bayang-Bayang" dan satu lagi iaitu "Yang Dikejar Tidak Dapat Dan Yang Dikendong Berciciran".

Kedua-dua peribahasa ini menunjukan seorang individu itu telah menerima sesuatu di dalam genggamannya, namun akibat sifat tamaknya untuk mendapatkan sesuatu lagi di luar genggamannya, maka apa yang diperolehinya terlepas begitu sahaja. Namun dia mungkin akan bernasib baik sekiranya apa yang dikejarnya itu dapat, kalau tidak dapat? Jadinya semuanya terlepas.

Kenapa saya menekankan sifat tamak ini. Setiap pelaburan ada risikonya. Cuma persoalannya.
1. Bagaimana kita hendak meminimumkan risiko pelaburan?
2. Berapa keuntungan yang perlu anda capai dalam sehari?
3. Hari apa atau bulan apa yang berisiko (yang tidak dibenarkan melabur)?
4. Kenapa tidak dibenarkan membuat 'OPEN POST' lebih daripada satu dalam satu-satu masa?

Ini kerana setiap pelaburan ada kerangka kerjanya. Jika ada tidak mengikut kerangka kerja. Kemungkinan anda akan berjaya (UNTUNG). Alhamdulillah. Kemungkinan juga ada akan mengalami kerugian yang MAHA DASYAT.

Sikit-sikit lama jadi bukit. Itu peribahasa yang harus kita pegang untuk terus berjaya.


Wednesday, 10 October 2012

Ilmu itu anugerah dari ALLAH S.W.T

Dari Anas r.a : Rasulullah s.a.w bersabda:
'Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajib keatas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut.
Hadis Riwayat Al Bar

Dari Anas r.a : Rasulullah s.a.w Bersabda:
'Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali´.
Hadis Riwayat At Tirmizi 

Ilmu itu anugerah dari ALLAH S.W.T ke atas hambanya. Kita hidup di dunia ini telah diwajibkan untuk menuntut ilmu sejak dari baru lahir hingga ke liang lahat. Begitu juga dengan rezeki, rezeki ini ada di mana-mana. Mungkin ada antara kita yang tidak berpeluang untuk melihat peluang-peluang mencari rezeki yang telah tersedia.

Saya sedia berkongsi pengalaman saya dan saya juga tidak mengharapkan imbuhan apa-apa dari anda. Saya juga mengharap anda juga begitu. Manfaatkanlah ilmu ini. Dan anda dilarang mengambil bahan-bahan di sini untuk kepentingan peribadi seperti menjualnya.

Sebarang pandangan, soalan, atau cadangan yang tidak bermanfaat atau boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang lain akan dipadam serta-merta.

Diharap perkongsian ilmu ini diberkati dan saya mendoakan kita semua dimurahkan rezeki.
InsyaALLAH.


Salam Pengenalan

DOA PENERANG HATI.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku" Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku".
(Taha : 25,26,27)


DOA MEMULAKAN BACAAN.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.