Thursday, 22 November 2012

Kuliah 1 : Bab 3 : Fungsi Cabinet FXopen

Ada 6 perkara penting yang perlu ada tahu akan fungsi-fungsi di dalam Cabinet FXmalay iaitu Ewallet, Buka akaun baru, Tambah dana, Pindah dana dan Pengeluaran dana.
  1. Ewallet
    • Deposit Dana
      • Berfungsi sebagai tempat penyimpanan dana sementara selepas anda mendepositkan dana bagi tujuan pelaburan.
    • Mula untuk melabur
      • Dari Ewallet anda perlu memindah dana ke akaun ECN/STANDART (akan diterangkan pada bahagian 4 - Pindah dana).
    • Mengeluarkan keuntungan

Monday, 19 November 2012

KONSEP LEVERAGE DALAM ISLAM ..wajib baca...!!!!!

Konsep leveraj (leverage) yang disediakan oleh broker forex sebenarnya wujud dalam Islam. Islam tidak pernah mengharamkan sesuatu perkhidmatan yang tiada unsur penindasan (gharar) meskipun ianya disediakan oleh orang bukan Islam.

Leveraj forex merupakan jaminan (pertolongan)sementara yang diberikan oleh broker forex. Ianya boleh dikatakan juga kontrak sementara antara pemain forex dan broker selagi pemain tersebut masih mempunyai ekuiti dalam akaun mereka. Pemain hanya boleh memegang kontrak berdasarkan ekuiti mereka sahaja dan mengikut yang mereka persetujui dengan broker mereka. Bagi akaun Islamik, broker forex tidak mengenakan atau memberikan apa-apa faedah atas jaminan mereka. Dengan jaminan mereka kita dapat memasuki pasaran matawang mengikut kemampuan kita.

Broker forex adalah orang tengah antara bank-bank antarabangsa (institusi) dan pedagang kecil (retailer). Mereka membeli (qoute) dari institusi dan menjual balik (reqoute) kepada pedagang kecil. Biasanya jualan balik adalah munasabah antara 3-10 mata sahaja. Di sini lah mereka membuat keuntungan. Proses ini adalah dibenarkan oleh Islam. Ianya bukan riba. (Ada yang terkeliru menyatakan jual beli adalah juga sama riba.

Monday, 5 November 2012

Kuliah 3 : Bab 1 - Permasaalahan Yang Selalu Terjadi Semasa 'Log in'

Untuk memastikan anda telah berjaya log masuk kedalam akaun,anda boleh melihat pada sudut kanan terminal MetaTrader 4 (MT4),dimana anda akan melihat status connection akaun anda.Sekiranya anda log masuk,status akan kelihatan seperti rajah ini:


Sekiranya separuh hijau dan separuh merah seperti rajah di atas,maka anda telah Berjaya log masuk ke dalam akaun anda.

Sekiranya status connection anda menunjukkan keseluruhan merah dan menunjukkan ‘invalid account’,sila semak perkara beikut:
-semak samaada anda telah memilih server yang betul bagi akun pilihan anda.(lihat rajah)
-Pastikan ketiga-tiga ruangan ‘Login’,’Password’ dan ‘Server’ telah dipenuhi.
-Pastikan sekali lagi samaada anda memasukkan kata laluan (password) yang betul.Kata laluan adalah ‘CASE sensitive


Sekiranya status connection  anda  menunjunkkan keseluruhan merah dan menunjukkan ‘No connection’,sila semak:
-Sila semak masa dagangan anda.Dagangan tidak dibuka pada hari sabtu dan ahad setiap minggu.
-sila semak juga connectivity kepada akses internet anda.Sekiranya anda menggunakan sambungan tanpa wayar (wireless),cuba untuk menggunakan sambungan menggunakan cable network.
-sila semak melalui live chat yang terdapat pada laman web broker Fxmalay.

Sekiranya sattus connection anda menunjukkan keseluruhan merah dan menunjukkan ‘Account disable’ atau mempunyai permasaalahan untuk login kedalam akaun,anda boleh terus menghubungi Fxmalay melalui live chat atau menghubungi melalui emel support@fxmalay.com



Kuliah 3 : Bab 1 - Log ke dalam akaun demo


Logging in (Log Masuk Akaun)
Untuk Login ‘log masuk’ ke akaun dagangan anda,sila masukkan maklumat yang anda perolehi semasa membuka akaun demo atau akaun sebenar dari broker Fxmalay. (buka akaun broker Fxmalay)

Maklumat untuk log masuk ini kebiasaannya ada diemelkan kepada anda melalui emel yang anda gunakan semasa pendaftaran dengan broker Fxmalay.


Seperti rajah,anda dikehendaki memasukkan no akaun ‘login’ dan Katalaluan ’password’.Sekiranya anda menggunakan akaun demo,sila pilih server demo dari senarai server yang disediakan.


Friday, 2 November 2012

Pengenalan Journal Perdagangan (Kemaskini Harian)

Assalamualaikum,
Bermula awal November ini,kami telah menyediakan satu slot Journal  atau log dagangan harian menggunakan akaun demo ECN dan Standart menggunakan broker FxMalay;menggunakan terminal MetaTrader 4.
Journal ini akan dikemaskini secara harian dan menggunakan akaun demo pada bulan november tahun ini dan menggunakan akaun real pada tahun hadapan.

Anda dipelawa untuk melihat sendiri 'keberkesanan' custom expert advisor (Kuliah 6:Penggunaan Autotrader) kami.Anda boleh melihat sendiri bagaimana,dan kenapa kita trade dan kenapa tidak trade  pada sebilangan hari dalam setahun,(Analisa Hari Boleh Trade dan Hari Tidak Boleh Trade) dan apakah kegunaan kemahiran Berdagang Tanpa Emosi dan Pengurusan Kewangan yang baik ;yang juga kami sampaikan melalui kuliah yang disediakan.(lihat kandungan kuliah)

Untuk melihat Journal Bulanan,anda boleh klik terus pada link Journal di atas atau menggunakan menu sisi di sebelah kanan.

InsyaAllah semoga dipermudahkan cara.